RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) :
1.Orang yang berpuasa.
2.Niat.
3.Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa :
1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya.
2.Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir matahari. Kedua, belum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.
3.Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa sekalian Ramadhan dengan sekali niat pada awal Ramadhan(malam pertama). Dan berhubung dengan pendapat Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
"Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "

Lafaz Niat Berbuka Puasa
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"
No comments:
Post a Comment