Sunday, 9 August 2009

Penerbangan Air Asia

Informasi tentang penerbangan tambang rendah.
Sila pastikan anda tahu tentang terma dan syarat sebelum menempah penerbangan tambang rendah anda.
Kebanyakan pesawat tambang rendah mempunyai syarat-syarat seperti berikut :
1) Tambang yang dipaparkan.
Tambang yang diperolehi dari internet merupakan harga semasa dan sah untuk tempahan yang dilakukan pada ketika itu sahaja. Keseluruhan tambang akan diperolehi selepas anda selesai mengisi butiran diri anda. Pastikan anda klik pada ruangan bagasi yang betul bergantung kepada pilihan bagasi yang ingin anda simpan di dalam perut pesawat. Anda juga boleh memilih makanan di dalam pesawat dan biasanya tempahan awal mempunyai kadar diskaun bergantung kepada pembelian tunai ketika di dalam pesawat. Tetapi perlu diingatkan sekiranya berlaku sebarang pertukaran pesawat oleh anda atau dari pihak penerbangan, pesanan anda akan terbatal. Tiada pemulangan bayaran dari pihak penerbangan bagi bayaran yang telah dilakukan. Anda juga boleh memilih samada untuk mendapatkan insurans penerbangan atau tidak.Tetamu juga diberi pilihan untuk memilih ruang tempat duduk dengan caj minima. Setelah berada di muka akhir dimana anda perlu memasukkan butiran pembayaran anda, sila semak semula butiran yang telah anda masukkan pada keterangan di sebelah kanan. Pastikan anda menaip nama anda dengan betul dan pastikan anda mendapat perkhidmatan yang sesuai dengan permintaan anda seperti makanan / insurans / bagasi / pilihan tempat duduk.
2) Pembatalan / Pindaan tarikh / Pindaan nama
Sekiranya berlaku sebarang pembatalan, tiada pemulangan bayaran akan diberikan. Pindaan nama boleh dilakukan dengan menghantar 1 salinan kad pengenalan nama anda dan nama tetamu yang ingin menggantikan tempat anda kepada pejabat Air Asia. Bagi pindaan tarikh, tertakluk kepada jenis tambang yang diperolehi. Tidak sah kepada tambang promo. Tertakluk kepada caj pindaan dan perbezaan harga tambang.
3) Waktu daftar masuk
Sila berada di lapangan terbang LCCT selewat-lewatnya 2 jam sebelum penerbangan berlepas. Kaunter Air Asia akan ditutup 1 jam sebelum penerbangan dan sekiranya anda tidak tiba pada waktu yang tepat, anda tidak akan dilayan dan perlu membuat tempahan baru di kaunter Air Asia. Tiada pemulangan bayaran bagi tambang yang telah dijelaskan.
4) Dokumen yang diperlukan
Bagi warganegara Malaysia, anda boleh memasukkan no MyKad/MyKid ketika tempahan di internet. Sila bawa MyKad / Surat Beranak @ MyKid bagi kanak-kanak bagi penerbangan domestik dan passport antarabangsa / dokumen perjalanan berkumpulan bagi perjalanan antarabangsa ketika urusan daftar masuk di kaunter Air Asia. Anda juga perlu membawa no rujukan tempahan bagi melancarkan urusan daftar masuk anda.
5) Penerbangan dari 1 destinasi ke 1 destinasi
Perlu diingatkan bahawa Air Asia merupakan pesawat yang terbang dari 1 destinasi ke 1 destinasi sahaja. Bagi penumpang yang membeli tiket ke destinasi lain contohnya dari Pulau Pinang - Langkawi - Kuching, pihak penerbangan tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang kelewatan dan penumpang tertinggal pesawat yang seterusnya. Penumpang perlu mengambil kira faktor-faktor kelewatan tersebut dan lebih selamat sekiranya jarakkan penerbangan yang seterusnya ke 3 atau 4 jam selepas tiba ke destinasi sebelumnya.
6) Bagasi
Setiap bagasi berdaftar yang hendak dimasukkan ke dalam ruang kargo pesawat akan dikenakan caj. Caj minima dalah RM 5 bagi satu bagasi yang tidak melebihi 15kg. Bayi dibawah usia 24 bulan tidak dibenarkan membawa sebarang bagasi. Perlu diingatkan bahawa tidak meletakkan sebarang peralatan yang berharga seperti telefon bimbit/komputer riba/wang tunai ke dalam bagasi berdaftar anda.
7) Cukai lapangan terbang
Cukai telah dimasukkan sekali ke dalam harga tambang kecuali penerbangan dari Indonesia di mana anda perlu membayar sejumlah wang di kaunter penerbangan di Indonesia sewaktu penerbangan pulang. Antara cukai yang dikenakan :
Jakarta - IDR 150,000
Padang / Medan - IDR 100,000
8) Tempahan melalui 'travel agent'
Banyak syarikat 'travel agent' yang menerima tempahan 'on line' sekiranya tetamu berhasrat untuk menempah melalui mereka. Pastikan anda diberi no tempahan penerbangan yang sah dan jadual penerbangan untuk semakan. Kos perkhidmatan yang dikenakan adalah dari RM 30 - RM 50/tempahan.

No comments:

Post a Comment