Bagi warga Malaysia yang ingin keluar negara, setiap seorang perlukan 1 passport antarabangsa yang sah.
Passport Malaysia merupakan 1 dokumen perjalanan yang sah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk perjalanan keluar negara.
Passport Malaysia boleh dimohon di setiap pejabat Immigresen dengan yuran seperti berikut :
RM100.00 - 32 mukasurat (Sah untuk 2 tahun)
RM300.00 - 32 muka surat (Sah untuk 5 tahun) RM600.00 - 64 muka surat (Sah untuk 5 tahun)
Separuh harga untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun & pelajar dibawah umur 21 tahun yang memiliki surat rasmi kebenaran belajar diluar negara :
RM150.00 - 32 muka surat RM300.00 - 64 muka surat
Apa yang perlu dibawa ketika permohonan :
1. 1 salinan kad pengenalan dan juga kad pengenalan asal.
2. 1 salinan surat beranak dan juga surat beranak asal bagi kanak-kanak dibawah 18 tahun dan mereka yang pertama kali memohon.
3. 2 keping gambar berukuran passport antarabangsa dan berlatar belakang biru.
4. 1 borang permohonan - boleh didapati secara percuma di pejabat Immigresen.
Setiap passport luput tarikh 6 bulan sebelum tarikh yang tertulis dan perlu diperbaharui dengan membawa semula passport yang telah tamat sah laku bersama 2 keping gambar berukuran passport antarabangsa.
Kehilangan passport ?
Buat laporan polis dan serahkan 1 salinan laporan polis pada pihak Immigresen.
Proses untuk mendapatkan passport baru selepas kehilangan memakan masa sehingga 30 hari dari tarikh laporan dilakukan.
Keselamatan passport antarabangsa anda adalah dibawah tanggungjawab anda.
No comments:
Post a Comment