Sunday, 9 August 2009

Bagaimana membuat tempahan melalui 'travel agent'

Tempahan Penerbangan
Butiran yang diperlukan :
1) Nama penuh mengikut passport antarabangsa
2) No passport antarabangsa / No MyKad / No MyKid / No Surat Beranak bagi kanak-kanak
3) Tarikh lahir
4) Tarikh passport dikeluarkan
5) Tarikh luput passport
6) Warganegara sekiranya bukan 'Malaysian'
* Sila serahkan 1 salinan muka hadapan passport antarabangsa
Pembayaran :
Bagi tempahan 'on line', tambang penuh perlu dijelaskan ketika tempahan dilakukan.
Bagi tempahan biasa, deposit sebanyak RM 50 - RM 100/seorang diperlukan ketika tempahan dan baki bayaran perlu dijelaskan sewaktu tiket penerbangan diserahkan.
Tempahan pakej lawatan
1) Bilangan tetamu yang akan turut serta
2) Tarikh cadangan
3) Aktiviti / tujuan lawatan
4) Bajet seorang / kumpulan
Pembayaran :
Deposit sebanyak RM 50 - RM 300/seorang biasanya akan diambil sebaik sahaja tempahan disahkan.
Baki bayaran boleh dijelaskan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh bertolak.
Sila rujuk terma dan syarat dari pihak 'travel agent' dan juga tetamu disarankan mendapat informasi tentang pembatalan dan pemulangan bayaran.
LAIN-LAIN INFO :
1) Bagi mendapatkan tambang rendah, tetamu disarankan melakukan perjalanan di dalam hari bekerja ( Ahad - Khamis) dan tidak di dalam cuti umum.
2) Surcaj tambahan akan dikenakan oleh sesetengah hotel bagi tempahan di dalam cuti sekolah / cuti umum / hujung minggu ( Jumaat & Sabtu).
3) Kebiasaannya harga lebih rendah akan diperolehi bagi tempahan di dalam jumlah yang besar bagi pakej percutian. Semakin ramai jumlah tetamu, semakin rendah harga pakej percutian yang akan diperolehi.
4) Sesetengah pihak 'travel agent' juga melayan tempahan perseorangan tetapi harga yang akan dikenakan adalah lebih tinggi dari harga biasa.
5) Bagi pakej percutian ke pulau-pulau peranginan di Pantai Timur, sila lakukan tempahan dari bulan Mac - Oct sahaja kerana kebanyakan resort akan ditutup di luar dari jangka waktu tersebut di atas masalah cuaca.
6) Sila pastikan anda melakukan tempahan dengan 'travel agent' yang berlesen sahaja untuk mengelakkan dari ditipu.
7) Pastikan anda mendapat resit bayaran bagi setiap pembayaran yang anda lakukan dan sekiranya anda diminta membayar terus ke akaun syarikat, sila faxkan slip pembayaran anda untuk mendapatkan resit anda.

No comments:

Post a Comment