Sunday 29 November 2009

Perjalanan Ke Luar Negara

Dokumen Di Perlukan :

1. Passport antarabangsa.
Sila semak tarikh luput passport anda dan pastikan tarikh luput tidak kurang dari 6 bulan ketika tarikh berlepas. Pihak immigresen akan mengeluarkan surat peringatan sebelum tarikh tempoh tamat. Kecuaian memperbaharui pasport perjalanan akan mengakibatkan anda tidak dibenarkan menaiki pesawat oleh jabatan immigresen di lapangan terbang. Pihak agensi pelancongan / penerbangan tidak akan bertanggung jawab di atas perkara ini.
Passport antarabangsa individu : RM 100.00 untuk tempoh 2 tahun.
Dokumen perjalanan berkumpulan : RM 200.00 / dokumen. Hanya sah digunakan untuk sekali perjalanan. Min. 5 tetamu dan tidak melebihi 20 tetamu untuk 1 dokumen. Sekiranya ada peserta yang menarik diri dan menjadikan bil tetamu kurang dari 5 orang, dokumen tersebut tidak lagi sah. Ketua kumpulan juga tidak boleh tidak hadir dan sekiranya gagal menghadirkan diri, dokumen tersebut tidak lagi sah untuk lain-lain peserta.
2. Visa
Sila dapatkan maklumat keperluan visa dari agensi pelancongan / pihak penerbangan / pihak kedutaan berkenaan. Antara negara-negara yang memerlukan visa untuk pelancong dari Malaysia :
China / India / Australia / U.S.A
Caj visa akan dikenakan tertakluk kepada caj yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan negara masing-masing.

No comments:

Post a Comment